Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Majlis Korban Qariah Kubang Semang

  • Sunday, November 29, 2009
  • Shah
  • Labels: , , , ,

  • Rasanya dalam sehari dua nie semua dok mabuk dek kerana daging korban yang tak putus-putus...dari sarapan sampai laa makan malam..suma ada daging..tu tak kira kenduri lagi..tadi masa gi makan kenduri pun macam tuh...semua lauk daging..masak aja lain-lain...

    Gambar-gambar kat atas tu aku snap masa dok tolong-tolong kat Masjid Kubang Semang..adik ipar aku pun masuk korban kali ni...so aku dengan berbekalkan pisau seringgit (made in China) pi buat 'ramai'...konon nak tolong laa apa yang patut tapi last-last aku balik umah amik kamera cabukku...sbb aku perasan ada satu kaedah yang tak pernah aku tengok kat tempat lain..tak lain tak bukan angkat lembu korban ngan forklift...huuu..mmg dasat laa depa nie..tapi lembu yang dah sembelih laa..klu tak sembelih mana leh nak dok diam-diam camtu...9 ekor lembu dalam masa 3 jam...lepas sembelih brader forklift tu angkat pi tempat lapah...tapi cara ni mmg efektif...

    Salam Aidiladha 1430H

  • Friday, November 27, 2009
  • Shah

  • Assalamualaikum..salam sejahtera hendaknya...syukur Alhamdulillah hari ini 10 Zulhijjah dapat kita merayakan satu lagi sambutan besar iaitu Hari Raya AidilAdha 1430H...semoga kehadiran AidilAdha kali ini akan menyemarakkan lagi semangat kita untuk terus berjuang dalam kehidupan kita disamping mengambil pengajaran terhadap kisah Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Ismail a.s yang menjadi lambang pengorbanan sejati..

    Client Update

  • Saturday, November 21, 2009
  • Shah
  • Labels: , , ,
  • 29.11.09 Majlis Cukur Jambul (Jamilah - Sg Petani) - Withdrawn
    29.11.09 Tag Rohaizar (Bukit Tengah)
    05.12.09 Kenduri Juhanasz & Firdaus (Kulim) - putrafoto
    06.12.09 Kenduri Rohaya & Zamir (Kepala Batas) - putrafoto
    12.12.09 Kenduri Osyie (Pendang) - my wife bestfriend
    13.12.09 Kenduri Atan & Atul (Kg Selamat)
    18.12.09 Akad Nikah Ana & Nazir (Jarak)
    19.12.09 Kenduri Ana & Nazir / Salniza & Nazri (Jarak)
    19.12.09 Kenduri Kudin & Shida / Naim & Nadia (Kota Sarang Semut)
    25 - 28.12.09 Langkawi Trip

    Outing Tanjung Dawai

  • Tuesday, November 17, 2009
  • Shah
  • Hari ahad lepas aku dan beberapa geng Alpha Sungai Petani (Nasriq, Naqiezar ngan Uncle G) sempat outing ke Tanjung Dawai..mulanya aku plan nak ke Penang untuk street shoot tapi memandangkan cuaca sekarang yang kerap ujan petang, aku tunda dulu laa...so Nasriq bagi cadangan untuk ke Tg Dawai...katanya kat situ sunset mmg lawa...hehe..aku pun dengan pantas setuju...best woo layan sunset...kena lak kalau dapat kaler kuning keemasan ngan sikit flare sambil bot nelayan melintas..dan wat lak gambar siluet (macam aku siluetkan kapal kat atas tuh)..huuu..mmg takleh tahan...


    Sebenarnya aku pun bukan terer sangan klau bab nak shoot landscape nie..baru nak menceburkan diri..apatah lagi nak wat gambar HDR...jauh panggang dari asap..ttthehe..mmg kena banyak praktis lagi...

    Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan outing kali nie...dan mmg dari hasil yang tak seberapa tu aku dah kenalpasti mana yang tak kena ngan gambar aku dan insyaallah next outing (maybe experiment on lighting kat air terjun) aku akan publishkan lagi kat sini...

    p/s : sapa free leh aturkan sesi mencari Ray of Light..yang nie pun idaman aku jgak

    Tak Rugi Memuji Isteri

  • Sunday, November 15, 2009
  • Shah
  • Ramai suami yang berat mulut untuk memuji isteri sedangkan kata-kata inilah yang ditunggu oleh isteri. Pujian yang ikhlas dari suami tersayang mempunyai impak yang sangat besar namun tak ramai yang sedar...bila tak tau maka benda nie jadi macam asing dan jarang dipraktikkan..Antara kebaikan memuji isteri ialah :

    1. Isteri akan berasa lebih istimewa dan berbeza dari wanita lain. Isteri mudah terasa jika suaminya rapat dengan wanita lain walaupun ibunya..jadi puji laa sikit isteri kalau ada yang patut dipuji tu..

    2. Keyakinan diri akan bertambah sekaligus akan menjadi sumber inspirasi dalam menguruskan hal rumahtangga. Bayangkan kalau suami puji masakan isteri yang sedap, tiap-tiap hari si isteri akan masak sbb dia tau suami akan menghargai masakannya. Tapi jangan masak yang sama tiap hari dah laa..tthehehe

    3. Isteri makin yakin dan sayang dengan suami. Yer laa..orang pompuan nie mmg suka pujian...sejak zaman bercinta sampai laa zaman berumahtangga...kalau time bercinta tiap hari puji...cantik laa..rajin masak walaupun masak tauge ngan kicap jer...takkan lepas kawin nak berkira sangat...puji bukan kena duit pun..

    4. Isteri mudah ditegur dan konflik rumah tangga akan berkurangan..yang ni sbb timbulnya rasa hormat kepada suami...dan isteri rasa kalau salah silap sikit-sikit tu kira wat donno jer laa...

    Aku Kusut...

  • Saturday, November 7, 2009
  • Shah
  • Entah mengapa sejak kebelakangan nie aku bagai dalam berdebat dengan diri aku sendiri...aku terrramat rindukan bidang yang dulu....bidang yang dah sebati dengan darah daging kalau boleh diungkapkan begitu...argghhh....naper laa aku boleh jadi macam skarang nie??

    Aku bukannya kufur nikmat..semua yang aku ada sekarang nie mmg mencukupi..alhamdulillah..tapi bila berbicara tentang kepuasan kerja..aku terus jadi lemah...bila memikirkan tentang masa depan karier aku...aku makin lemah..aku rasa aku dalam akan kerugian untuk jangka masa panjang..mmg buat masa nie aku masih belum terasa tempiasnya tapi bila lebih 10 tahun...masa tu baru aku akan rasa kesannya...

    Dan semenjak aku masuk kerja sekarang nie...aku rasa daya pemikiran aku semakin jumud, semakin terkongkong dan tiada peningkatan...cemburu aku lihat kejayaan kawan-kawan lama aku yang masih berjuang dalam aliran engineering...ada yang jadi project manager, ada yang ke riyadh, ada yang dalam persediaan ke dubai...iskk...aku makin tak senang...bukan aku dengki tapi aku cemburu sbb sebelum nie aku mmg dalam haluan yang sama dengan mereka..cuma mungkin kerana dek pengalaman pahit aku mengubah haluan...dan haluan yang aku pilih kini tidak serancak yang aku harapkan...seems like i am not appreciate until i lost it...

    Ya Allah...tolong laa aku keluar dari belenggu ini...aku mmg betul-betul kusut sekarang nie...

    Annual Lunch | Edisi bengang!

  • Tuesday, November 3, 2009
  • Shah
  • Sebenarnya dari semalam lagi aku dah bengang pasal photo annual lunch...dah laa aku cover free..tak mintak sekupang pun dari sesapa...dan dalam banyak-banyak pic tu gamba aku cuma ada sekeping ja..lepas tu banyak bunyi pulak...

    Situasi 1
    Pagi-pagi Isnin..belum sempat aku cari rezeki lagi dah ada soklan.."Gambaq mana?? Dah print belom??"..dah tu tanya lak macam tanggungjawab aku pulak nak print dan distribute kat semua yang hadir...ringan ja mulut nak tanya hang sapa nak 'arahkan' aku print pulak..

    Situasi 2
    Hari Selasa..tengahari...dengan muka selamba minah nie bagitau aku "Saya dah tengok kat flickr gambar Annual Lunch tu..tapi awat gambaq kami takdak..yang ada gambaq anak dara ja?"...

    Hello kawan...itu aku punya flickr..aku punya suka laa nak up gambaq sapa..bini aku pun tak kecoh hang pulak yang lebey...kalau nak create account sendiri..free ja..dah tu boh laa gambaq anak, mak, ayah, tok, nenek, kucing, selipar hang sendiri...aku da bagi softcopy..lagipun buat apa aku nak letak gambaq banyak-banyak..even aku cover event yang makan sampai 1Gig file pun aku letak dua tiga keping ja kat flickr..

    Aku bukan laa orang yang suka nak cari pasal kat tempat keja..sbb itu tempat aku cari rezeki...tak nak buat musuh..tapi aku bukan laa orang yang teramat sopan santun dan berbudi bahasa sampai lalu depan kambing pun nak hulur tangan..

    Adoii..

    Annual Lunch di UiTM Hotel

  • Monday, November 2, 2009
  • Shah
  • Tahun nie tiada annual dinner..itu keputusan yang telah dipersetujui..tapi majlis tradisi bagi menghilangkan tension setelah setahun penat bekerja digantikan dengan annual lunch..dengan harga RM30 satu kepala, hotel uitm permatang pauh menyediakan perkhidmatan yang bagi aku boleh dikatakan amat berbaloi, ditambah dengan makanan yang mmg sedap-sedap...(iskk..macam jadi duta hotel uitm laa pulak)...apa yang aku nak katakan kat sini ialah da berbagai hotel yang aku penah pi tapi rasanya yang nie boleh laa klau nak recommend kat kawan-kawan...tempat pun selesa, pelayan pun comey-comey..haha..rajin dan tak sombong...

    Dan macam biasa aku kalau majlis-majlis cam nie mmg takkan lepaskan peluang nak shoot...bukan saja-saja untuk simpanan sebenarnya, tapi lebih kepada sesi praktikal bagi meningkatkan skill dalam bidang fotografi nie...biaq laa apa orang nak kata pun...aku ada laa dengar bunyi-bunyi sumbang kata nak cari duit lebih laa...ayoo...ingat aku nie kokak sangat ka takdak duit sampai nak kena buat macam tu...



    ;