Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Jom Heboh Penang

  • Sunday, October 25, 2009
  • Shah
  • Petang tadi aku berkesempatan ke Stadium Batu Kawan..lama tak jejalan ngan family..sempat jugak shoot beberapa artis yang terserempak...tapi ramainya yang aku tak jumpak...masa ronda tu nampak booth Hot fm...dan mata aku liar ja nak cari Faizal Ismail...last aku jumpa dia kat JB tiga tahun lepas...bukan pasal minat sangat kat dia...tapi sbb dia ni senior aku masa skolah asrama dulu..masa tu aku tingkatan 1 dia dah tingkatan 5...tapi walaupun dia dah glamer kalau jumpa dia ingat lagi..talak sombong punya orang...tetap ingat junior dia yang sakan kena buli ngan member-member dorm dia...dan seingat aku dia nie tak penah pun buli memana junior..pasal tu laa rezeki dia melimpah kot...


    Heroin cita Nur Kasih..nama dia aku tak tau...

    Remy

    Yang ni rasanya suma orang kenal kot..

    Abang rambut ketak...

    Black Mentor masa sesi petang

    Masih Ada Yang Sayang

  • Monday, October 19, 2009
  • Shah
  • Syukur Alhamdulillah..itulah ungkapan pertama yang terlintas semasa aku mula-mula menjejak kaki ke Program Rumah Terbuka di Dewan OKU Seberang Jaya..aku ke sana atas jemputan Zam Arjuna (KakiLensa...thanx Zam) dimana KakiLensa adalah media rasmi untuk majlis tersebut. Dan dalam keghairahan membuat liputan hati aku tak henti-henti mengucapkan syukur kerana aku dilahirkan cukup sempurna sebagai manusia...


    Disini aku melihat pelbagai ragam Orang Kelainan Upaya (OKU)...dari segi fizikal sudah cukup menggambarkan mereka ini insan istimewa..ada yang menyanyi dan tak kurang yang menari semasa kumpulan nasyid Destiny menyampaikan persembahan mereka..dan paling aku tersentuh ialah ketabahan ibubapa yang tak henti-henti menyokong anak istimewa mereka supaya mereka tidak merasa tersisih dari masyarakat.

    Dalam keriuhan majlis aku sempat shoot gambar anak istimewa ini...selepas meminta izin dari ibunya, aku bertanyakan nama anak ini...Wani namanya...

    "Wani..senyum sikit"...aku cuba menarik perhatian

    klik...

    Inilah foto Wani yang kelihatan cukup seronok bila aku menyapa...gayanya seolah mahu bersembang walau tiada patah perkataan yang dapat aku fahamkan...

    "Berapa umor yer?"..tanya salah sorang ahli kumpulan Destiny..

    "7 tahun"...balas adik ni dengan muka selamba...
    Begitulah dia...lihat bagaimana dia bersusah payah untuk membetulkan kopiah agar nampak segak dalam group photo

    Pasangan duet menyanyikan lagu Balik Kampung...

    Abadikan Kenangan Terindah

  • Friday, October 16, 2009
  • Shah

  • Pernahkah kita terkenangkan zaman kanak-kanak kita dulu? Masa tu tiada lain yang difikirkan melainkan bermain, mainan dan main...dari celik mata sampai laa kita terlena sambil memegang mainan...dan kadang-kadang ada juga terlintas dalam fikiran kira..kalau jadi budak-budak kan senang..tak payah pikir pasal kerja, pasal bil, pasal masalah, pasal politik, pasal dunia..huuu..

    Tapi apa yang aku nak luahkan disini bukanlah cara-cara macam mana nak balik ke masa silam (klu ada yang tau tolooonggg laa bagitau..hahaha) tapi kenangan yang akan kita abadikan untuk anak kita tatap masa akan datang. Antara cara yang paling popular ialah dengan foto laa. Sebab apa?? Sebab seingat aku, gambar masa aku kecik dulu boleh dibilang dengan jari. Tu pun kelabu abis...yer laa..zaman dulu mana ada kamera digital..kamera filem pun belum tentu ada...tapi aku pun faham sbb zaman tu ayah aku pun bukan orang senang...pi keja pun kayuh basikal ja...gaji yang dapat tu dari beli kamera baik belikan makanan untuk anak-anak...

    Dan atas sbb itulah aku beli kamera pertama...kamera BenQ..jenis compact...senang ja nak guna sbb point and shoot saja...aku nak ambik gambar anak aku banyak-banyak...sehinggakan lepas saja aku azankan anak, aku terus keluarkan kamera tu dan shoot..walaupun dia tak paham apa-apa lagi masa tu...dan aku nak simpan...sbb gambar tu menjadi gambar terpenting untuk anak aku nanti...dan aku nak anak aku ada kenangan untuk dia tatap masa dia dewasa kelak..

    Hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti...aku masih lagi tetap menjadi jurugambar tetap untuk anak dan keluarga aku...setiap keletah, setiap ragam dan setiap perkembangan dia aku rakamkan...dan aku akan terus begini selagi terdaya..selagi hayat dikandung badan.

    Lagi satu yang aku buat untuk anak aku ialah aku ukur ketinggian dia sejak dia mampu berdiri sendiri...ukur dan tandakan kat tiang seri umah mak aku...dua tiga bulan sekali ukur lagi dan letak tarikh..tak perlu nak letak mm, cm atau inci..just tanda ngan pen pon takpa...mmg akan nampak pertumbuhan anak dan kita terus tersenyum melihat anak kita semakin membesar...

    MTB Mengkuang

  • Monday, October 12, 2009
  • Shah

  • Ahad lepas ada member ajak shoot Mountain Bike Carnival kat mengkuang Dam...penyertaan untuk kali nie bole tahan ramai jugak...dalam 1000 peserta dari seluruh negara...dan yang menariknya untuk edisi kali nie ada pertandingan untuk foto terbaik kejohanan...dan lebih 100 photographer ambik bahagian dalam membuat liputan karnival nie...

    Bagi aku karnival macam nie mmg sangat-sangat baik bagi aku memperbaiki skill dan teknik untuk jadi photograper yang lebih baik...

    Colours of Divali

  • Shah

  • Lepas shoot akad nikah Norziana aku rasa lapar sangat...ajak wife pi Sunway Karnival...hajat nak makan pizza...masa lalu kat stage tu nampak ramai sangat photographer dok shoot..ingat ker hapa rupanya nak promote pakaian sari...yer laa sempena Deepavali yang dah dekat nie...tapi yang best nya bukan semua model sari nie jenis dok estet...ada yang cun woo...cam bollywood pun ada..hahaha
    Dan aku apa lagi..kamera mmg dok galas dah (tak berani aku tinggal dalam keta)...bukak beg...prapp..pruupp..praapp...barang sekeping lepas tu blah...mana leh tunggu lelama..orang kiri kanan pakai Mark II, D700, 70-200 f2.8, dan segala macam lagi gadjet yang aku tak leh tahan...hahaha...takpa laa..depa banyak duit...nanti aku kaya aku gantung 2 FF kamera kat tengkok baru hangpa tau...wakakaka

    Akad Nikah Norziana & Nizam


    Hujung minggu baru ni aku sempat cover satu majlis akad nikah antara Norziana & Nizam...Ayah kepada pengantin nie, Pak Cik Saad yang menjalankan sendiri akad nikah anaknya sambil disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat. Majlis yang sepatutnya dijangka berlansung pada jam 11.30 pagi tertunda hampir 4 jam gara-gara pendaftar nikah 'terhilangkan' buku register..mana taknya..semua maklumat ada dalam buku tu...nama pengantin, alamat, no phone...dan hari yang sama jugak ada 3 lagi pengantin yang senasib ngan kami...sampai laa pihak pengantin yang menghubungi kembali Pak Imam baru laa boleh jalankan majlis akad nikah.

    Pak Imam yang sentiasa cool...hehehe

    Syukur kerana telah selamat menikahkan anak.


    Cincin emas bertatahkan berlian sebagai hantaran.

    My Planet

  • Wednesday, October 7, 2009
  • Shah

  • Untuk entry kali ni aku nak syer sikit ngan korang camner nak buat planet..korang pun boley try sendiri..cuma perlu program Adobe Photoshop jer...

    Mula-mula open foto yang korang nak watkan planet tu..seeloknya gambar pemandangan, yang wide, baru impak dia lebih sikit..kendian amik Rectangular Marquee tool kat sebelah kiri tu..buat kotak cam kat bawah nie..

    Lepas tu copy (Ctrl + C)...pi kat File>New...bukak lagi satu window...setkan kepada 10 inci x 10 inci (saiz apa pun takpa asalkan square) dan paste. Kendian tekan Ctrl + T (transform) dan penuhkan square tu ngan imej. Rupanya lebih kurang camnie laa...


    Lepas tu pi kat Image>Rotate Canvas>180 degree..kalau tanak rotate, nanti planet korang akan jadi terbalik...yang matahari dok dalam, air dok kat luar...hehehe


    Lepas tu pi kat Filter>Distort>Polar Coordinates...amik rectangular to polar..klik ok


    Last..korang main-main laa ngan pic tu...nak rotate ka..nak letak watermark ka..
    Selamat Mencuba!!

    Jom main teka-teki

  • Tuesday, October 6, 2009
  • Shah
  • Bosan sungguh ari nie..takder menda nak wat...ujan sepanjang hari...tapi bukan sebab ujan aku bosan..hujan tu rahmat...mungkin bukan bagi kita tapi kita pun kena ingat..bumi ni bukan untuk kita sorang jer...

    Jadi kalau anda pun takder menda nak buat...apa kata kita sama-sama pikir soklan teka-teki nie...

    1. Tingkap apa kalau dipecahkan orang keluar?
    2. Dimana ada banyak bulan dan tiada bintang?
    3. 4-banyak, 3-sedikit sedikit, 2 jarang jarang, 1 kadang kadang...(baca betul-betul, bukan soklan P.Ramlee arr)

    Koleksi Anjung Fotografi - Hanim

    Untuk post kali ni aku nak letak beberapa koleksi fotografi...yang uniknya koleksi-koleksi ini sebahagian besarnya belum pernah dipublish di mana-mana laman...baik di fotopages mahupun di flickr...

    Untuk edisi kali nie ialah tribute kepada Hanim dari Permatang Rambai, Penaga...lokasi rumah pengantin ni mmg cantik..sekeliling rumah penuh dengan sawah padi yang menghijau...sampaikan jalan masuk pun tak nampak dek kerana kerana pokok padi yang tumbuh subur di sekeliling...

    Dan untuk tugasan ini juga aku nak terima kasih yang teramat kepada OP majlis nie iaitu yana yang sanggup terima aku ikut dia...maklum laa..masa tu aku mmg teramat nakkan ilmu sebagai jurgambar perkahwinan...jadi aku tak kisah laa kat mana pun...asal ada yang sanggup terima aku untuk tag along..aku sampai...



    Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan jurugambar, jangan malu jangan segan untuk berhubung dengan kami. Klik sini untuk maklumat lanjut.

    GEMPAR!! SEJADAH SOLAT (pic)

  • Friday, October 2, 2009
  • Shah
  • Labels: , , ,
  • Salam Sejahtera...Pagi tadi kat tempat keja ada member bagitau...ada kejadian yang menggemparkan penduduk Taman Haji Mat Amin, Permatang Pauh...dikhabarkan ada sebuah sejadah yang menyerupai orang yang sedang solat...Subhanallah!!

    Dikhabarkan ceritanya begini...
    Sepasang suami isteri baru berpindah menyewa sebuah rumah di Taman Haji Mat Amin...bila masuk rumah baru..deorang tertanya-tanya arah kiblat...si suami yang baru pulang dari surau memberikan pandangan berdasarkan arah kiblat semasa solat Isyak di surau sebentar tadi..tetapi si isteri pula menunjukkan arah yang sedikit ke kanan...tetapi pertikaian itu tidaklah sampai membawa pertengkaran...kerana tiada kata putus perkara tersebut habis cam tu saja...selesai si isteri solat, dia mengambil baju kemeja suami untuk diseterika, pakaian untuk suami ke tempat kerja esok..sambil membelakangkan sejadah yang masih terhampar tadi..

    Sedang asyik menggosok baju tersebut, dan dalam kesuraman lampu ruang tamu (bilik sembahyang tiada lampu kerana belum sempat dipasang agaknya) anak matanya tertarik dengan suatu objek, yang berada betul-betul pada sejadah yang baru ditinggalkan tadi..SUBHANALLAH..sejadah yang terhampar sebentar tadi menyerupai orang yang sedang bersolat...dan yang lebih mengejutkan sejadah tersebut mengadadap arah kiblat yang ditunjukkan si suami!!

    Ramai yang datang...segala media TV3, NTV7, press dan ada yang sanggup datang dari Sungai Buloh untuk menyaksikan sendiri kejadian tersebut...hingga akhirnya selepas solat Jumaat tadi pegawai Jaipp mengangkat lipatan sejadah tersebut bagi mengelakkan mereka yang tidak bertanggungjawab dan percayakan unsur khurafat...(ada yang datang meminta air penawar laa..mintak hajat kat sejadah tu)
    ;