Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Masih Ada Yang Sayang

  • Monday, October 19, 2009
  • Shah
  • Syukur Alhamdulillah..itulah ungkapan pertama yang terlintas semasa aku mula-mula menjejak kaki ke Program Rumah Terbuka di Dewan OKU Seberang Jaya..aku ke sana atas jemputan Zam Arjuna (KakiLensa...thanx Zam) dimana KakiLensa adalah media rasmi untuk majlis tersebut. Dan dalam keghairahan membuat liputan hati aku tak henti-henti mengucapkan syukur kerana aku dilahirkan cukup sempurna sebagai manusia...


    Disini aku melihat pelbagai ragam Orang Kelainan Upaya (OKU)...dari segi fizikal sudah cukup menggambarkan mereka ini insan istimewa..ada yang menyanyi dan tak kurang yang menari semasa kumpulan nasyid Destiny menyampaikan persembahan mereka..dan paling aku tersentuh ialah ketabahan ibubapa yang tak henti-henti menyokong anak istimewa mereka supaya mereka tidak merasa tersisih dari masyarakat.

    Dalam keriuhan majlis aku sempat shoot gambar anak istimewa ini...selepas meminta izin dari ibunya, aku bertanyakan nama anak ini...Wani namanya...

    "Wani..senyum sikit"...aku cuba menarik perhatian

    klik...

    Inilah foto Wani yang kelihatan cukup seronok bila aku menyapa...gayanya seolah mahu bersembang walau tiada patah perkataan yang dapat aku fahamkan...

    "Berapa umor yer?"..tanya salah sorang ahli kumpulan Destiny..

    "7 tahun"...balas adik ni dengan muka selamba...
    Begitulah dia...lihat bagaimana dia bersusah payah untuk membetulkan kopiah agar nampak segak dalam group photo

    Pasangan duet menyanyikan lagu Balik Kampung...

    0 comments:

    Post a Comment

    ;