Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Lembu dan Bawang

  • Tuesday, September 29, 2009
  • Shah
  • Semalam aku sempat layan beberapa blog..tu pun aku dapat dari link kat shoutbox..tapi ada sebuah blog tu (aku terpaksa rahsiakan) aku tengok ada diletakkan gambaq majlis jamuan sempena Aidilfitri yang baru berlalu..memang meriah..dengan kehadiran VVIP, YB dan playmaker dalam senario politik sekitar kita...

    Tapi apa yang aku nak ketengahkan disini ialah..mengapa majlis yang sebegitu meriah dan gah itu tidak 'nampak' meriah?? Mengapa?? Kerana gambaq yang diletakkan dalam blog itu umpama dari camera phone...bukan tujuan aku nak malukan sesiapa tetapi rasanya kalau majlis makan2 tu boleh belanja sampai 30-40 ribu..takkan nak berkira untuk upah sorang dua photographer untuk buat liputan majlis tu...

    Aku teringat pepatah Cina ada mengatakan...KALAU SEKOR LEMBU DAH POTONG, TAKKAN SEBIJI BAWANG NAK JIMAT'..maksudnya disini ialah kita sanggup berbelanja untuk pastikan majlis kita berlansung sepertimana dirancang tetapi kita tak sanggup untuk keluarkan sedikit lagi modal untuk jadikan majlis kita lebih sempurna..

    Jadi kepada mereka yang akan atau bakal menganjurkan tak kira laa majlis apapun..jangan ambil ringan tentang dokumentasi...kalau taknak bayar photog suruh sapa-sapa yang boleh diharap..itu yang menjadi kenangan kepada kita..memori akan luput tetapi gambar kekal bersama kenangan..

    Celcom oh Celcom...

    Semalam merupakan hari yang penuh dengan masalah bagi pengguna Celcom...dan aku antara jutaan mangsa yang terperangkap dalam 'kesesakan' tersebut...mana taknya..janji ngan kawan nak jumpa sempena dia balik beraya pon tak dapat..pasai apa?? Pasai aku takleh nak contact dia..dan dia pon tak leh nak contact aku...hal semalam aku biarkan saja..nak buat camna..dah takdak rezeki nak jumpak dia...

    Hari nie berbeza pulak situasinya...aku beli topup..sbb nak pi jumpak kawan dari Ampang balik beraya...tapi masalahnya ialah aku takleh nak masukkan tambah nilai tu...puas jugak laa...sampai kesud tak boley jugak...aku cuba cara lain...call 1111...dapat..chantekk

    Operator : Boley saya bantu..
    Aku : Saya xbole nak masukkan topup..bla bla bla...

    Dipendekkan cerita..aku pun kasi laa kat operator tu serial number ngan 16 digit activation code..

    Operator : Saya bole tolong topup untuk encik..tapi kami charge 50 sen yer...(dalam eksen tamil)
    Aku : Hahh??!! Your customer is dying and u still make money from us ka??
    Operator : ......
    Aku : Is this recorded conversation??
    Operator : Yes sir...
    Aku : Tolong forwardkan i punya complain ke management u...u tau berapa banyak i rugi semalam?? (macam laa aku ada bisnes riban-riban)...hari ni nak topup pon kena charge lagi...
    Operator : .... Ada lagi yang boleh saya bantu cik??
    Aku : Jangan lupa bagitau pasal complain saya...tu jer...

    Hampir Di Penghujung...

    Tatkala ramai yang sudah mula bertugas setelah puas beraya, aku pula masih bercuti..mungkin menghabiskan baki hujung minggu untuk menyegarkan diri..bagi aku cuti raya bukanlah cuti untuk bermalas-malasan..bukan cuti untuk bangun lewat dan makan keropok sambil layan Astro yang tiada kesudahan..cuti raya adalah sesuatu yang indah untuk dihayati sambil amalan kunjung mengunjung terus dihidupkan..

    Sambil aku lepak-lepak kena angin petang..tengok jam pon baru kol 3.30..janji ngan member-member nak jumpak kol 5 kat Makbul Sg Petani...aku tengok-tengok balik gambar raya...aku rasa seronok..aku rasa inilah kali pertama keluarga aku meriah di pagi raya...meriah dengan apa?? Meriah dengan tema baju raya..masing-masing dah ada anak...masing-masing laa nak sedondon...dari mak ayah sampai laa anak-anak..kalau boleh baju nak yang sama warna..sikit pon tanak beza..hahaha...kalau nak sama beli kain satu gulung pi buat baju melayu ngan baju kurung...konfirm sama kaler...sama pattern..

    Tahun depan aku nak buat family photo utk sebelah mertua aku pulak..kena set awal-awal..kalau tak nanti sorang pink air laut..sorang hijau kundang..sorang kuning terussi...macam dalam pinggan pasembor padang kota...


    Tasya : Dalam banyak-banyak ni, rumah kelabu paling tak lawa..haha
    Pak Ngah : Rumah ungu lawa dak??
    Tasya : Rumah ungu ngan rumah merah lawa...kena puji laa rumah ungu..takut takdak gambaq


    Salam lebaran kepada semua..dalam kita mengira detik ketibaan Syawal yang mulia..kita juga patut sedar yang Ramadhan juga perlahan-lahan merangkak meninggalkan kita..

    Memetik kata-kata seorang rakan, andaikata selepas Ramadhan kita masih tidak berubah, masih berperangai sepertimana sebelumnya, maknanya amalan yang sepatutnya menyucikan dan menjadikan kita insan yang lebih baik tidak diterima..atau mungkin dalam perkataan lain, kita gagal dalam kursus sebulan untuk menjadikan kita insan yang bertaqwa..

    Dan dalam kesempatan ini, saya memohon maaf andai ada salah silap andai ada salah dan silap dalam kita menjalani tanggungjawab sebagai khalifah di bumiNya.

    Buah pauh di tengah bendang
    Jadi dagangan di tengah kota
    Saudara jauh datang bertandang
    Bermaaf-maafan sesama kita


    Masak udang dan gulai ketam
    Pembasuh mulut kuih keria
    Berbunyi mercun berdentum-dentam
    Riang gembira di Hari Raya


    Sungai disusur sehari-hari
    Dalam gelap menangkap ikan
    Kami meyusun sepuluh jari
    Salah dan silap harap maafkan


    Aidilfitri hari kemaafan
    Menghapus kesalahan sesama insan
    Memupuk perpaduan sesama ehsan
    Mengikat tali keakraban


    Disisir diandam dengan cekap
    Potong rambut pelbagai gaya
    Puasa sebulan sudahlah lengkap
    Kita menyambut Hari Raya


    Adik tersayang segak bergaya
    Mengait kuih di atas para
    Suasana riang di Hari Raya
    Bermaaf-maafan riang gembira

    ;