Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Lembu dan Bawang

  • Tuesday, September 29, 2009
  • Shah
  • Semalam aku sempat layan beberapa blog..tu pun aku dapat dari link kat shoutbox..tapi ada sebuah blog tu (aku terpaksa rahsiakan) aku tengok ada diletakkan gambaq majlis jamuan sempena Aidilfitri yang baru berlalu..memang meriah..dengan kehadiran VVIP, YB dan playmaker dalam senario politik sekitar kita...

    Tapi apa yang aku nak ketengahkan disini ialah..mengapa majlis yang sebegitu meriah dan gah itu tidak 'nampak' meriah?? Mengapa?? Kerana gambaq yang diletakkan dalam blog itu umpama dari camera phone...bukan tujuan aku nak malukan sesiapa tetapi rasanya kalau majlis makan2 tu boleh belanja sampai 30-40 ribu..takkan nak berkira untuk upah sorang dua photographer untuk buat liputan majlis tu...

    Aku teringat pepatah Cina ada mengatakan...KALAU SEKOR LEMBU DAH POTONG, TAKKAN SEBIJI BAWANG NAK JIMAT'..maksudnya disini ialah kita sanggup berbelanja untuk pastikan majlis kita berlansung sepertimana dirancang tetapi kita tak sanggup untuk keluarkan sedikit lagi modal untuk jadikan majlis kita lebih sempurna..

    Jadi kepada mereka yang akan atau bakal menganjurkan tak kira laa majlis apapun..jangan ambil ringan tentang dokumentasi...kalau taknak bayar photog suruh sapa-sapa yang boleh diharap..itu yang menjadi kenangan kepada kita..memori akan luput tetapi gambar kekal bersama kenangan..

    1 comments:

    Tunjuk Bintang said...

    mungkin dah ader jurugambar nyer, cuma xcited kot nak masukan dalam blog coz tunggu jurugambar lambat. hehehhe... biasalah ar bro, xkan semu nak balun jerk.. ader gak yang perlu jimat kos. ahaks...

    Post a Comment

    ;