Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Cutest Baby with Diapers Contest

  • Wednesday, January 13, 2010
  • Shah
  • Nama : Muhammad Adli Safuan
    DOB : 06.03.2008 (umo hari ni 1 tahun 10 bulan 7 hari)

    Tengah jenguk-jenguk blog rerakan tetiba jumpa iklan contest ni...hahaha...walaupun tajuk ni agak spesifik tapi aku teringat aku ada jugak pic anak aku yang pakai diapers aja...masa ni dia demam campak dan asik menggaru sbb gatal..sbbkan kesian aku bukak pakaian dia...bukan main sronok lagi dia melengging...hahaha...

    Kepada sesiapa yang nak masuk contest nie boleh klik kat sini...jom kita pakat-pakat join...menang kalah lain cerita..

    Year End Trip 2009

  • Friday, January 1, 2010
  • Shah
  • 26.12.09 (Sabtu)
    10.00 pagi
    Sampai di Jeti Kuala Perlis. Ramai yang dah beratur untuk ke Langkawi. Dapat feri Bahagia2 jam 11.30 pagi. Anak muntah2 sejak pagi tadi. Mungkin kesan sampingan ubat probiotik yang klinik bagi kelmarin. Sepanjang perjalanan hati tak seronok. Tengok anak yang tak ceria macam selalu. Dekat pukul 12 baru feri bertolak.


    1.30 tengahari
    Sampai di Jeti Kuah. Baru turun ja ulat keta sewa dah jerit "Keta tinggal Satria ngan Myvi saja..yang lain dah habis..sewa 120 saja"...huh..gila punya harga...aku ngan lain2 buat donno ja..tapi ada jugak yang terpengaruh ngan statement brader tu...kelam kabut nak book..takut kena jalan kaki dek sbb takdak dah keta sewa.

    Lepas makan try ushar keta sewa. Banyak lagi yang ada. Dah sampai tengahari mmg ramai yang baru hantar...Survey punya survey, mmg harga lebih kurang sama ja..last2 ambik Honda City harga 150 satu hari...

    Anak makin teruk demam. Dari rumah sampai Kuah ni dah 3 pasang baju kena salin sbb kena muntah. Lansung takleh makan apa. Minum air kosong pun muntah balik. Adeh..lagi aku rasa tak semangat nak bercuti.


    4.00 petang
    Lokasi pertama lepas check-in kat Kondo Istana ialah Pantai Cenang. Mmg ramai orang kat situ. Antara pantai tercantik kat Pulau Langkawi nie. Kat sini ada banyak aktiviti air - kayak, banana boat, parasailing, jet ski, island hoping dan macam2 lagi. Tapi harga mmg takleh nak nego laa..mentang laa orang ramai, mmg takdak less langsung. Cuba kalau bukan musim cuti skolah, kalau takat mintak kurang 20 ringgit pun berebut nak offer kat kita.

    Anak dah mula sihat nampaknya...dah cergas macam biasa lepas kena ubat roket...


    27.12.2009 (Ahad)
    9.00 pagi
    Pagi ni awal2 lagi dah plan nak ke Gunung Mat Cincang. Hajat di hati nak naik keta kabel yang femes tu..dalam perjalanan tu sempat singgah di sebuah jeti apa ntah (kat sebelah Petronas). Tapi tempat tu mmg cantik. Sempat bergambar sekeping dua. situ tempat kapal layar parking. Bila laa agaknya aku dapat naik pakal layar pulak..huhuu

    10.30 pagi
    Sampai di tempat Kereta Kabel. Tengok orang terrrrsangat ramai. Beratur sampai jambatan. Kalau yang penah sampai situ mungkin tau laa panjangnya camna. Setelah hampir 2 jam beratur baru sampai turn kami untuk naik. Anak aku dari mula sampai excited sangat..last2 bila tinggal 5 minit nak naik dia tido sbb letih sangat menunggu...

    12.45 tengahari
    Pemandangan dalam gondola semasa mendaki ke stesyen kedua. Ada jambatan gantung (sebelah kanan tu)...mmg sejuk angin situ walaupun dah tengahari..kat sini laa lokasi filem (lupa nama filem tu) lakonan Saiful Apek ngan Nasha Aziz. Mmg lawa tempat nih. Cuma kali ni aku tak berkesempatan nak turun kat stesyen tu. Lain kali kalau mai mmg aku turun sini. InsyaAllah.


    3.00 petang
    Shopping sikit barang kat Pekan Kuah. Tu pun barang yang orang lain pesan. Sempat laa jugak beli perfume ngan baju untuk anak buah.

    5.30 petang
    Bertolak ke airport sbb aku kena balik awal. Esok pagi ada meeting pulak. So aku kena balik dulu sorang. Yang lain akan balik esok sbb dah book hotel untuk 3hari sejak bulan 6 lagi..


    7.00 malam
    Dapat tempat duduk tepi tingkap. Menghadap sunset pulak tu. Mmg paling strategik untuk menembak. Aku tak henti-henti shoot. Orang sebelah aku tu tengok jer terkebil-kebil. Hahaha..lantak laa. Ingat senang nak dapat shoot sunset dari 9000 kaki atas aras laut.

    ;