Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Masih Ada Yang Sayang

  • Monday, October 19, 2009
  • Shah
  • Syukur Alhamdulillah..itulah ungkapan pertama yang terlintas semasa aku mula-mula menjejak kaki ke Program Rumah Terbuka di Dewan OKU Seberang Jaya..aku ke sana atas jemputan Zam Arjuna (KakiLensa...thanx Zam) dimana KakiLensa adalah media rasmi untuk majlis tersebut. Dan dalam keghairahan membuat liputan hati aku tak henti-henti mengucapkan syukur kerana aku dilahirkan cukup sempurna sebagai manusia...


    Disini aku melihat pelbagai ragam Orang Kelainan Upaya (OKU)...dari segi fizikal sudah cukup menggambarkan mereka ini insan istimewa..ada yang menyanyi dan tak kurang yang menari semasa kumpulan nasyid Destiny menyampaikan persembahan mereka..dan paling aku tersentuh ialah ketabahan ibubapa yang tak henti-henti menyokong anak istimewa mereka supaya mereka tidak merasa tersisih dari masyarakat.

    Dalam keriuhan majlis aku sempat shoot gambar anak istimewa ini...selepas meminta izin dari ibunya, aku bertanyakan nama anak ini...Wani namanya...

    "Wani..senyum sikit"...aku cuba menarik perhatian

    klik...

    Inilah foto Wani yang kelihatan cukup seronok bila aku menyapa...gayanya seolah mahu bersembang walau tiada patah perkataan yang dapat aku fahamkan...

    "Berapa umor yer?"..tanya salah sorang ahli kumpulan Destiny..

    "7 tahun"...balas adik ni dengan muka selamba...
    Begitulah dia...lihat bagaimana dia bersusah payah untuk membetulkan kopiah agar nampak segak dalam group photo

    Pasangan duet menyanyikan lagu Balik Kampung...

    Abadikan Kenangan Terindah

  • Friday, October 16, 2009
  • Shah

  • Pernahkah kita terkenangkan zaman kanak-kanak kita dulu? Masa tu tiada lain yang difikirkan melainkan bermain, mainan dan main...dari celik mata sampai laa kita terlena sambil memegang mainan...dan kadang-kadang ada juga terlintas dalam fikiran kira..kalau jadi budak-budak kan senang..tak payah pikir pasal kerja, pasal bil, pasal masalah, pasal politik, pasal dunia..huuu..

    Tapi apa yang aku nak luahkan disini bukanlah cara-cara macam mana nak balik ke masa silam (klu ada yang tau tolooonggg laa bagitau..hahaha) tapi kenangan yang akan kita abadikan untuk anak kita tatap masa akan datang. Antara cara yang paling popular ialah dengan foto laa. Sebab apa?? Sebab seingat aku, gambar masa aku kecik dulu boleh dibilang dengan jari. Tu pun kelabu abis...yer laa..zaman dulu mana ada kamera digital..kamera filem pun belum tentu ada...tapi aku pun faham sbb zaman tu ayah aku pun bukan orang senang...pi keja pun kayuh basikal ja...gaji yang dapat tu dari beli kamera baik belikan makanan untuk anak-anak...

    Dan atas sbb itulah aku beli kamera pertama...kamera BenQ..jenis compact...senang ja nak guna sbb point and shoot saja...aku nak ambik gambar anak aku banyak-banyak...sehinggakan lepas saja aku azankan anak, aku terus keluarkan kamera tu dan shoot..walaupun dia tak paham apa-apa lagi masa tu...dan aku nak simpan...sbb gambar tu menjadi gambar terpenting untuk anak aku nanti...dan aku nak anak aku ada kenangan untuk dia tatap masa dia dewasa kelak..

    Hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti...aku masih lagi tetap menjadi jurugambar tetap untuk anak dan keluarga aku...setiap keletah, setiap ragam dan setiap perkembangan dia aku rakamkan...dan aku akan terus begini selagi terdaya..selagi hayat dikandung badan.

    Lagi satu yang aku buat untuk anak aku ialah aku ukur ketinggian dia sejak dia mampu berdiri sendiri...ukur dan tandakan kat tiang seri umah mak aku...dua tiga bulan sekali ukur lagi dan letak tarikh..tak perlu nak letak mm, cm atau inci..just tanda ngan pen pon takpa...mmg akan nampak pertumbuhan anak dan kita terus tersenyum melihat anak kita semakin membesar...

    MTB Mengkuang

  • Monday, October 12, 2009
  • Shah

  • Ahad lepas ada member ajak shoot Mountain Bike Carnival kat mengkuang Dam...penyertaan untuk kali nie bole tahan ramai jugak...dalam 1000 peserta dari seluruh negara...dan yang menariknya untuk edisi kali nie ada pertandingan untuk foto terbaik kejohanan...dan lebih 100 photographer ambik bahagian dalam membuat liputan karnival nie...

    Bagi aku karnival macam nie mmg sangat-sangat baik bagi aku memperbaiki skill dan teknik untuk jadi photograper yang lebih baik...

    Colours of Divali

  • Shah

  • Lepas shoot akad nikah Norziana aku rasa lapar sangat...ajak wife pi Sunway Karnival...hajat nak makan pizza...masa lalu kat stage tu nampak ramai sangat photographer dok shoot..ingat ker hapa rupanya nak promote pakaian sari...yer laa sempena Deepavali yang dah dekat nie...tapi yang best nya bukan semua model sari nie jenis dok estet...ada yang cun woo...cam bollywood pun ada..hahaha
    Dan aku apa lagi..kamera mmg dok galas dah (tak berani aku tinggal dalam keta)...bukak beg...prapp..pruupp..praapp...barang sekeping lepas tu blah...mana leh tunggu lelama..orang kiri kanan pakai Mark II, D700, 70-200 f2.8, dan segala macam lagi gadjet yang aku tak leh tahan...hahaha...takpa laa..depa banyak duit...nanti aku kaya aku gantung 2 FF kamera kat tengkok baru hangpa tau...wakakaka

    Akad Nikah Norziana & Nizam


    Hujung minggu baru ni aku sempat cover satu majlis akad nikah antara Norziana & Nizam...Ayah kepada pengantin nie, Pak Cik Saad yang menjalankan sendiri akad nikah anaknya sambil disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat. Majlis yang sepatutnya dijangka berlansung pada jam 11.30 pagi tertunda hampir 4 jam gara-gara pendaftar nikah 'terhilangkan' buku register..mana taknya..semua maklumat ada dalam buku tu...nama pengantin, alamat, no phone...dan hari yang sama jugak ada 3 lagi pengantin yang senasib ngan kami...sampai laa pihak pengantin yang menghubungi kembali Pak Imam baru laa boleh jalankan majlis akad nikah.

    Pak Imam yang sentiasa cool...hehehe

    Syukur kerana telah selamat menikahkan anak.


    Cincin emas bertatahkan berlian sebagai hantaran.

    My Planet

  • Wednesday, October 7, 2009
  • Shah

  • Untuk entry kali ni aku nak syer sikit ngan korang camner nak buat planet..korang pun boley try sendiri..cuma perlu program Adobe Photoshop jer...

    Mula-mula open foto yang korang nak watkan planet tu..seeloknya gambar pemandangan, yang wide, baru impak dia lebih sikit..kendian amik Rectangular Marquee tool kat sebelah kiri tu..buat kotak cam kat bawah nie..

    Lepas tu copy (Ctrl + C)...pi kat File>New...bukak lagi satu window...setkan kepada 10 inci x 10 inci (saiz apa pun takpa asalkan square) dan paste. Kendian tekan Ctrl + T (transform) dan penuhkan square tu ngan imej. Rupanya lebih kurang camnie laa...


    Lepas tu pi kat Image>Rotate Canvas>180 degree..kalau tanak rotate, nanti planet korang akan jadi terbalik...yang matahari dok dalam, air dok kat luar...hehehe


    Lepas tu pi kat Filter>Distort>Polar Coordinates...amik rectangular to polar..klik ok


    Last..korang main-main laa ngan pic tu...nak rotate ka..nak letak watermark ka..
    Selamat Mencuba!!

    Jom main teka-teki

  • Tuesday, October 6, 2009
  • Shah
  • Bosan sungguh ari nie..takder menda nak wat...ujan sepanjang hari...tapi bukan sebab ujan aku bosan..hujan tu rahmat...mungkin bukan bagi kita tapi kita pun kena ingat..bumi ni bukan untuk kita sorang jer...

    Jadi kalau anda pun takder menda nak buat...apa kata kita sama-sama pikir soklan teka-teki nie...

    1. Tingkap apa kalau dipecahkan orang keluar?
    2. Dimana ada banyak bulan dan tiada bintang?
    3. 4-banyak, 3-sedikit sedikit, 2 jarang jarang, 1 kadang kadang...(baca betul-betul, bukan soklan P.Ramlee arr)
    ;