Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Rentas Desa

  • Saturday, February 27, 2010
  • Shah
  • Labels: , , , ,
  • Sedikit gambar dari Merentas Desa 2010 SMKBBP...
    dari lensa Zam Arjuna...

    Jihah | Rozaimi

  • Monday, February 15, 2010
  • Shah


  • Pertama kali menjejak kaki di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam memang best..dengan suasana kampung, banyak pokok-pokok (dah nama pon felda...), dengan angin yang tak henti-henti..mmg menyegarkan...dan membuatkan aku rasa selesa untuk tugasan mengabadikan detik indah pasangan Jihah dan Rozaimi yang melansungkan perkahwinan mereka...dan untuk tugasan ini juga aku tidak keseorangan tapi bertemankan Zam Arjuna..thanks Zam...



    Saat rombongan pengantin lelaki sampai..tak sukar untuk aku amik angle ni..thanks for my tilted screen with live view..sblm nie mau 3-4 shot baru leh dapat yang terbaik tapi kali nie skali snap ja dah ok..wakaka...best woo ada live view ngan tilted LCD...walaupun ada yang kata tak pro..nampak cam compact but for me nothing harm with that if it can give me the best result...

    Walaupun dah lama kenal tapi bila suruh bergambar masih malu-malu...ekekeke

    Outdoor kat Kuala Perlis..tempat nie mmg cantik..tapi aku ngan Zam dah ronda sehari sblm tu..ada keta kuda...whatt?? keta kuda!!..Dalam kepala aku dok pikir...Kalau laa pengantin naik keta kuda agaknya camner ekk?? ermm...
    p/s : Siti Nurhaliza pun tak dapat naik keta kuda masa kawin..ekeke

    Dan aktiviti lepas shoot pengantin ialah shoot sunset di Kuala Perlis..tempat ni mmg cantik bagi para penggemar sunset...sambil lepak kat kedai-kedai makan...layan laksa...shoot sunset...heaven..wakaka
    Di belakang tabir...
  • Wednesday, February 10, 2010
  • Shah
  • Errrmm...aku pun taktau naper aku letak gambar api nih?? Mungkin kerana nie laa first time aku shoot gambar api...sllunya takder perasaan pon nak shoot menda camnie..tapi bila tengok balik dalam laptop nampak ok laa pulak..

    Esok aku akan ke Black Wood Hill (Bukit Kayu Hitam laaa) untuk shoot kenduri officemate wife aku...rasanya inilah kenduri paling jauh yang penah aku cover stakat nih...rasanya kalau bukan sbb cuti lama (raya nih aku cuti 5 hari woo...) mmg aku tolak kot...sib baik laa lepas kenduri tu leh charge balik bateri aku...

    Paintball a.k.a Painball

  • Monday, February 8, 2010
  • Shah
  • Gambar sebelum perlawanan...dari kiri : Prebet Nizar, Sarjan Baha, Prebet Shahmozac, Prebet Azrul, Prebet Zul, Prebet hanif dan Sarjan Zaki...Sjn. Jasni tiada dalam gambar


    Baru ni bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum Pulau Pinang aku dan beberapa rakan berpeluang main paintball..mmg berkobar-kobar nak main..maklum laa..tak penah try...sblm ni aku penah gak try tapi target shooting ja kat USM...tu pun limit 10 peluru..tapi kali ni bukan 20, bukan 100 tapi 2000 biji peluru...hahaha..cuma bukan utk sorang laa...syer peluru tu..main sampai habis...dapat laa main 4 game...yang best main kat sini sbb dalam hutan...ada bunker, ada pokok, siap ada api lagi...tu yang buatkan game tu lagi dramatik...rasa macam perang betul2 dah...cuma takdak keta kebal kena bakar ja...hahaha

    Masa dok main tu merasa jugak kena tembak 2 kali...sib baik jarak jauh..tak laa rasa sakit sangat tapi kalau kena tembak kurang 10 meter..confirm pecah darah...habis game ada dua member yang kena agak lebam...dan aku jugak berjaya tembak 2 lawan dan dapat 1 bendera...keputusan perlawanan Merah 1 : Hitam 3...Hitam rules!!!

    Baha nak perang ker nak makan nasik...tthehe

    Adli menang saguhati...tahniahh

  • Sunday, February 7, 2010
  • Shah

  • Keputusan telah diumumkan...dan...Adli telah mendapat hadiah saguhati...tahniah dari abah dan mama..nie yang buatkan aku lebih bersemangat nak masuk contest lagi nhh...dan terima kasih kepada mama-emylia yang menganjurkan pertandingan ini...semoga Allah membalas budi baik anda...

    Cutest Baby with Diapers Contest

  • Wednesday, January 13, 2010
  • Shah
  • Nama : Muhammad Adli Safuan
    DOB : 06.03.2008 (umo hari ni 1 tahun 10 bulan 7 hari)

    Tengah jenguk-jenguk blog rerakan tetiba jumpa iklan contest ni...hahaha...walaupun tajuk ni agak spesifik tapi aku teringat aku ada jugak pic anak aku yang pakai diapers aja...masa ni dia demam campak dan asik menggaru sbb gatal..sbbkan kesian aku bukak pakaian dia...bukan main sronok lagi dia melengging...hahaha...

    Kepada sesiapa yang nak masuk contest nie boleh klik kat sini...jom kita pakat-pakat join...menang kalah lain cerita..

    Year End Trip 2009

  • Friday, January 1, 2010
  • Shah
  • 26.12.09 (Sabtu)
    10.00 pagi
    Sampai di Jeti Kuala Perlis. Ramai yang dah beratur untuk ke Langkawi. Dapat feri Bahagia2 jam 11.30 pagi. Anak muntah2 sejak pagi tadi. Mungkin kesan sampingan ubat probiotik yang klinik bagi kelmarin. Sepanjang perjalanan hati tak seronok. Tengok anak yang tak ceria macam selalu. Dekat pukul 12 baru feri bertolak.


    1.30 tengahari
    Sampai di Jeti Kuah. Baru turun ja ulat keta sewa dah jerit "Keta tinggal Satria ngan Myvi saja..yang lain dah habis..sewa 120 saja"...huh..gila punya harga...aku ngan lain2 buat donno ja..tapi ada jugak yang terpengaruh ngan statement brader tu...kelam kabut nak book..takut kena jalan kaki dek sbb takdak dah keta sewa.

    Lepas makan try ushar keta sewa. Banyak lagi yang ada. Dah sampai tengahari mmg ramai yang baru hantar...Survey punya survey, mmg harga lebih kurang sama ja..last2 ambik Honda City harga 150 satu hari...

    Anak makin teruk demam. Dari rumah sampai Kuah ni dah 3 pasang baju kena salin sbb kena muntah. Lansung takleh makan apa. Minum air kosong pun muntah balik. Adeh..lagi aku rasa tak semangat nak bercuti.


    4.00 petang
    Lokasi pertama lepas check-in kat Kondo Istana ialah Pantai Cenang. Mmg ramai orang kat situ. Antara pantai tercantik kat Pulau Langkawi nie. Kat sini ada banyak aktiviti air - kayak, banana boat, parasailing, jet ski, island hoping dan macam2 lagi. Tapi harga mmg takleh nak nego laa..mentang laa orang ramai, mmg takdak less langsung. Cuba kalau bukan musim cuti skolah, kalau takat mintak kurang 20 ringgit pun berebut nak offer kat kita.

    Anak dah mula sihat nampaknya...dah cergas macam biasa lepas kena ubat roket...


    27.12.2009 (Ahad)
    9.00 pagi
    Pagi ni awal2 lagi dah plan nak ke Gunung Mat Cincang. Hajat di hati nak naik keta kabel yang femes tu..dalam perjalanan tu sempat singgah di sebuah jeti apa ntah (kat sebelah Petronas). Tapi tempat tu mmg cantik. Sempat bergambar sekeping dua. situ tempat kapal layar parking. Bila laa agaknya aku dapat naik pakal layar pulak..huhuu

    10.30 pagi
    Sampai di tempat Kereta Kabel. Tengok orang terrrrsangat ramai. Beratur sampai jambatan. Kalau yang penah sampai situ mungkin tau laa panjangnya camna. Setelah hampir 2 jam beratur baru sampai turn kami untuk naik. Anak aku dari mula sampai excited sangat..last2 bila tinggal 5 minit nak naik dia tido sbb letih sangat menunggu...

    12.45 tengahari
    Pemandangan dalam gondola semasa mendaki ke stesyen kedua. Ada jambatan gantung (sebelah kanan tu)...mmg sejuk angin situ walaupun dah tengahari..kat sini laa lokasi filem (lupa nama filem tu) lakonan Saiful Apek ngan Nasha Aziz. Mmg lawa tempat nih. Cuma kali ni aku tak berkesempatan nak turun kat stesyen tu. Lain kali kalau mai mmg aku turun sini. InsyaAllah.


    3.00 petang
    Shopping sikit barang kat Pekan Kuah. Tu pun barang yang orang lain pesan. Sempat laa jugak beli perfume ngan baju untuk anak buah.

    5.30 petang
    Bertolak ke airport sbb aku kena balik awal. Esok pagi ada meeting pulak. So aku kena balik dulu sorang. Yang lain akan balik esok sbb dah book hotel untuk 3hari sejak bulan 6 lagi..


    7.00 malam
    Dapat tempat duduk tepi tingkap. Menghadap sunset pulak tu. Mmg paling strategik untuk menembak. Aku tak henti-henti shoot. Orang sebelah aku tu tengok jer terkebil-kebil. Hahaha..lantak laa. Ingat senang nak dapat shoot sunset dari 9000 kaki atas aras laut.

    ;