Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Cutest Baby with Diapers Contest

  • Wednesday, January 13, 2010
  • Shah
  • Nama : Muhammad Adli Safuan
    DOB : 06.03.2008 (umo hari ni 1 tahun 10 bulan 7 hari)

    Tengah jenguk-jenguk blog rerakan tetiba jumpa iklan contest ni...hahaha...walaupun tajuk ni agak spesifik tapi aku teringat aku ada jugak pic anak aku yang pakai diapers aja...masa ni dia demam campak dan asik menggaru sbb gatal..sbbkan kesian aku bukak pakaian dia...bukan main sronok lagi dia melengging...hahaha...

    Kepada sesiapa yang nak masuk contest nie boleh klik kat sini...jom kita pakat-pakat join...menang kalah lain cerita..

    Year End Trip 2009

  • Friday, January 1, 2010
  • Shah
  • 26.12.09 (Sabtu)
    10.00 pagi
    Sampai di Jeti Kuala Perlis. Ramai yang dah beratur untuk ke Langkawi. Dapat feri Bahagia2 jam 11.30 pagi. Anak muntah2 sejak pagi tadi. Mungkin kesan sampingan ubat probiotik yang klinik bagi kelmarin. Sepanjang perjalanan hati tak seronok. Tengok anak yang tak ceria macam selalu. Dekat pukul 12 baru feri bertolak.


    1.30 tengahari
    Sampai di Jeti Kuah. Baru turun ja ulat keta sewa dah jerit "Keta tinggal Satria ngan Myvi saja..yang lain dah habis..sewa 120 saja"...huh..gila punya harga...aku ngan lain2 buat donno ja..tapi ada jugak yang terpengaruh ngan statement brader tu...kelam kabut nak book..takut kena jalan kaki dek sbb takdak dah keta sewa.

    Lepas makan try ushar keta sewa. Banyak lagi yang ada. Dah sampai tengahari mmg ramai yang baru hantar...Survey punya survey, mmg harga lebih kurang sama ja..last2 ambik Honda City harga 150 satu hari...

    Anak makin teruk demam. Dari rumah sampai Kuah ni dah 3 pasang baju kena salin sbb kena muntah. Lansung takleh makan apa. Minum air kosong pun muntah balik. Adeh..lagi aku rasa tak semangat nak bercuti.


    4.00 petang
    Lokasi pertama lepas check-in kat Kondo Istana ialah Pantai Cenang. Mmg ramai orang kat situ. Antara pantai tercantik kat Pulau Langkawi nie. Kat sini ada banyak aktiviti air - kayak, banana boat, parasailing, jet ski, island hoping dan macam2 lagi. Tapi harga mmg takleh nak nego laa..mentang laa orang ramai, mmg takdak less langsung. Cuba kalau bukan musim cuti skolah, kalau takat mintak kurang 20 ringgit pun berebut nak offer kat kita.

    Anak dah mula sihat nampaknya...dah cergas macam biasa lepas kena ubat roket...


    27.12.2009 (Ahad)
    9.00 pagi
    Pagi ni awal2 lagi dah plan nak ke Gunung Mat Cincang. Hajat di hati nak naik keta kabel yang femes tu..dalam perjalanan tu sempat singgah di sebuah jeti apa ntah (kat sebelah Petronas). Tapi tempat tu mmg cantik. Sempat bergambar sekeping dua. situ tempat kapal layar parking. Bila laa agaknya aku dapat naik pakal layar pulak..huhuu

    10.30 pagi
    Sampai di tempat Kereta Kabel. Tengok orang terrrrsangat ramai. Beratur sampai jambatan. Kalau yang penah sampai situ mungkin tau laa panjangnya camna. Setelah hampir 2 jam beratur baru sampai turn kami untuk naik. Anak aku dari mula sampai excited sangat..last2 bila tinggal 5 minit nak naik dia tido sbb letih sangat menunggu...

    12.45 tengahari
    Pemandangan dalam gondola semasa mendaki ke stesyen kedua. Ada jambatan gantung (sebelah kanan tu)...mmg sejuk angin situ walaupun dah tengahari..kat sini laa lokasi filem (lupa nama filem tu) lakonan Saiful Apek ngan Nasha Aziz. Mmg lawa tempat nih. Cuma kali ni aku tak berkesempatan nak turun kat stesyen tu. Lain kali kalau mai mmg aku turun sini. InsyaAllah.


    3.00 petang
    Shopping sikit barang kat Pekan Kuah. Tu pun barang yang orang lain pesan. Sempat laa jugak beli perfume ngan baju untuk anak buah.

    5.30 petang
    Bertolak ke airport sbb aku kena balik awal. Esok pagi ada meeting pulak. So aku kena balik dulu sorang. Yang lain akan balik esok sbb dah book hotel untuk 3hari sejak bulan 6 lagi..


    7.00 malam
    Dapat tempat duduk tepi tingkap. Menghadap sunset pulak tu. Mmg paling strategik untuk menembak. Aku tak henti-henti shoot. Orang sebelah aku tu tengok jer terkebil-kebil. Hahaha..lantak laa. Ingat senang nak dapat shoot sunset dari 9000 kaki atas aras laut.

    Kudin & Shida / Naim & Nadia

  • Monday, December 21, 2009
  • Shah
  • Untuk pertama kalinya Shahmozac Photography diberi kepercayaan untuk merakamkan detik manis dua pasangan adik-beradik yang berkahwin pada hari yang sama...fuhhh..mmg betul2 menguji kemahiran aku...bayangkan kalau sebelum nie dok ambik gambar satu pasangan pun dah letih...tapi kali nie aku kena buat untuk dua pasangan dalam satu masa...mmg terkejar-kejar...mana nak kejar pun tak tau..satu pasang jumpa kawan, lagi satu pasang jumpa saudara mara...haa...camner nak buat...kalau bab posing pulak...takkan nak posing sama untuk dua-dua pengantin...mmg kepala kena pusing cepat...tengok sekeliling apa yang ada..gunakan sebaiknya...prop takleh sama..nanti tak nampak ekslusif pulak...apapa pun aku sangat puas hati sbb kedua-dua pasangan beri kerjasama yang cukup baik...itu yang aku rasa best..letih sikit takpa janji puas hati...

    Atan & Ruby

  • Wednesday, December 16, 2009
  • Shah

  • Pasangan pengantin kali nie ialah Atan (bukan nama sebenar) dan Ruby...bukan aku nak rahsiakan nama pengantin lelaki tu..sebenarnya nama dia kalau ikut kad pengenalan bukan Atan tapi Basri Kahirul...katanya itu nama yang mmg dia pakai sejak lahir lagi...dan pengantin perempuan tu pulak takdak kena mengena dengan saudagar batu permata...nama sebenar ialah Robiyatul Adawiyah yang berasal dari Jeniang...

    Tugasan aku kali nie agak lain sikit dari yang pernah aku buat...bukan apa sbb, kenduri di kedua-dua pihak dibuat pada tarikh yang sama...jadi nak tak nak aku sebagai photograper dan berbekalkan kamera cabukku...ikut sama rombongan dari Kg Selamat ke Jeniang...mau sejam jugak perjalanan...kira sempat mimpi la jugak...dari sana shoot pun tak banyak sangat sbb nak bawak balik pengantin ke Kg Selamat pulak...kalau sempat mmg aku dok nampak kebun getah situ..klu buat outdoor syiok woo...

    Yang paling aku suka kenduri rumah Atan nie ialah...hehe...menu gulai batang pisang..tuan rumah dok cari-cari aku untuk ajak makan ngan pengantin...tengok2 aku dah terpacak depan gulai batang pisang dah..hahaha...tapi terima kasih laa tuan rumah sbb sudi jemput aku makan beradap...bukan tak nak tapi lambaian gulai batang pisang lebih dahulu aku sahut...nie pun first time jugak tuan rumah begitu menghargai jurugambar yang bukan dilihat sebagai 'pekerja yang dibayar' tetapi sebagai tetamu yang amat dihargai...


    Nadzim & Osyie

  • Monday, December 14, 2009
  • Shah

  • Pengantin kali nie antara yang terawal booking aku untuk shoot majlis perkahwinan deorang...sampai aku pun lupa berapa harga yang aku offer...haha...bila check balik email baru aku perasan yang deorang book aku sejak bulan Feb lagi...huhu..sbb book awal punya pasal nnti aku kasi hadiah...mmg special untuk Osyie dan pasangan...nanti korang honeymoon kat penang mai laa ambik...

    Pasangan nie kalau tak silap aku hampir 10 tahun jugak laa dok cinta cinti...mula berkenalan masa diploma, kerja dan sampai laa dah habis degree...masih lagi setia...perrghh..cayalahh...mmg kuat jodoh korang...

    Lama jugak rasanya wife aku tak jumpa kawan baik dia nih...seingat aku masa aku kawin dulu Osyie temankan wife aku sampai dua hari...lepas tu takdak dah..tapi lepas ni rasanya sllu laa kot dapat jumpa...kalau nak balik Kedah mesti lalu Penang dulu...boley2 laa singgah kena char koew teow kaa...

    Dan tak lupa jugak pada Zam Arjuna yang tiba-tiba macam boley bau aku shoot kat Pendang...thanks bro sbb backup aku untuk outdoor...mmg class laa 5D hang...rasa cam nak beli sebijik ja..hahaha...bini aku da jeling ja bila aku cakap nak angkat Mark II 5D macam hang...kahkahkah
    p/s : gambar nie shoot by Mr Zam Arjuna..matahari pecah lapan towss...

    Rohaya & Zamir

  • Monday, December 7, 2009
  • Shah

  • Pasangan pengantin kali nie mmg sporting abis...enjoy ja kerja ngan deorang...bila enjoy tu mmg banyak idea yang kluar...dan yang penting lagi ekspresi wajah anda akan kelihatan sangat semulajadi...

    Pasangan ni sebenarnya client dari rakan photograher aku jugak iaitu En Shahril dari putrafoto.com..dan Shahmozac Photography telah diberi kepercayaan untuk merakamkan hari bahagia pasangan ini...

    Kenangan terindah memang sukar untuk dilepaskan begitu saja...jadikan abadikan saat indah dalam hidup anda supaya memori manis anda akan sentiasa segar di ingatan...

    SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

  • Sunday, December 6, 2009
  • Shah
  • Nama : Muhammad Adli Safuan
    Tarikh Lahir : 06.03.2009
    Umo sehingga hari nie : 1 tahun 9 bulan 1 hari


    Nie first time aku masuk contest kat blog...biasanya tengok-tengok ja..tapi mungkin kerana tajuk contest nie lain sikit dari yang lain...aku cam berminat lak..haha...korang pun boley masuk...klik jer kat banner yang aku da tepek kat sebelah...jom laa meramaikan majlis...tak menang pon takpa..janji anak kita glamer...hahaha...
    ;