Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
Showing posts with label shahmozac. Show all posts
Showing posts with label shahmozac. Show all posts

Makan malam bersama Ustaz Nazrey Johan

Semalam aku dan rakan-rakan KakiLensa lain berkesempatan untuk makan malam bersama Ustaz Nazrey Johan...bekas penyanyi kumpulan nasyid tersohor Raihan..dan ini kali pertama bagi aku bersemuka, solat dan makan bersama salah seorang idola aku sejak sekolah lagi...rasanya pertama kali aku dengaq lagu raihan nie tahun 1996/97 klu tak salah..hanya selepas 13 tahun baru aku berkesempatan bersemuka dengan tuan empunya suara yang bagi aku cukup merendah diri dan pemurah dengan senyuman..

Kalau termenung macam nie gaya orang tengah pikir nak makan apa...kata Ustaz Nazrey

Alamak...siap ambil gambar termenung pulak...hahaha

Kedai Asiatica di Bertam Kiosk yang menaja makan malam

Bersalaman sebelum berangkat ke airport balik ke KL

Sempat beramah mesra bersama sesiapa yang menyapa

Cenderahati dari KakiLensa

Adli@play.ground

  • Thursday, April 8, 2010
  • Shah
  • Labels: , , ,






















  • Kimi | Suriyana





    Thanks to Zam Arjuna and Mark Jue

    Fendi | Juliayu - Versi Hari Perkahwinan


    Special kredit to Zam Arjuna & Jimmy

    Fendi | Juliayu - Akad Nikah




    Client Update

  • Saturday, November 21, 2009
  • Shah
  • Labels: , , ,
  • 29.11.09 Majlis Cukur Jambul (Jamilah - Sg Petani) - Withdrawn
    29.11.09 Tag Rohaizar (Bukit Tengah)
    05.12.09 Kenduri Juhanasz & Firdaus (Kulim) - putrafoto
    06.12.09 Kenduri Rohaya & Zamir (Kepala Batas) - putrafoto
    12.12.09 Kenduri Osyie (Pendang) - my wife bestfriend
    13.12.09 Kenduri Atan & Atul (Kg Selamat)
    18.12.09 Akad Nikah Ana & Nazir (Jarak)
    19.12.09 Kenduri Ana & Nazir / Salniza & Nazri (Jarak)
    19.12.09 Kenduri Kudin & Shida / Naim & Nadia (Kota Sarang Semut)
    25 - 28.12.09 Langkawi Trip

    Akad Nikah Norziana & Nizam

  • Monday, October 12, 2009
  • Shah
  • Labels: , , ,

  • Hujung minggu baru ni aku sempat cover satu majlis akad nikah antara Norziana & Nizam...Ayah kepada pengantin nie, Pak Cik Saad yang menjalankan sendiri akad nikah anaknya sambil disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat. Majlis yang sepatutnya dijangka berlansung pada jam 11.30 pagi tertunda hampir 4 jam gara-gara pendaftar nikah 'terhilangkan' buku register..mana taknya..semua maklumat ada dalam buku tu...nama pengantin, alamat, no phone...dan hari yang sama jugak ada 3 lagi pengantin yang senasib ngan kami...sampai laa pihak pengantin yang menghubungi kembali Pak Imam baru laa boleh jalankan majlis akad nikah.

    Pak Imam yang sentiasa cool...hehehe

    Syukur kerana telah selamat menikahkan anak.


    Cincin emas bertatahkan berlian sebagai hantaran.

    Koleksi Anjung Fotografi - Hanim

    Untuk post kali ni aku nak letak beberapa koleksi fotografi...yang uniknya koleksi-koleksi ini sebahagian besarnya belum pernah dipublish di mana-mana laman...baik di fotopages mahupun di flickr...

    Untuk edisi kali nie ialah tribute kepada Hanim dari Permatang Rambai, Penaga...lokasi rumah pengantin ni mmg cantik..sekeliling rumah penuh dengan sawah padi yang menghijau...sampaikan jalan masuk pun tak nampak dek kerana kerana pokok padi yang tumbuh subur di sekeliling...

    Dan untuk tugasan ini juga aku nak terima kasih yang teramat kepada OP majlis nie iaitu yana yang sanggup terima aku ikut dia...maklum laa..masa tu aku mmg teramat nakkan ilmu sebagai jurgambar perkahwinan...jadi aku tak kisah laa kat mana pun...asal ada yang sanggup terima aku untuk tag along..aku sampai...



    Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan jurugambar, jangan malu jangan segan untuk berhubung dengan kami. Klik sini untuk maklumat lanjut.

    Celcom oh Celcom...

    Semalam merupakan hari yang penuh dengan masalah bagi pengguna Celcom...dan aku antara jutaan mangsa yang terperangkap dalam 'kesesakan' tersebut...mana taknya..janji ngan kawan nak jumpa sempena dia balik beraya pon tak dapat..pasai apa?? Pasai aku takleh nak contact dia..dan dia pon tak leh nak contact aku...hal semalam aku biarkan saja..nak buat camna..dah takdak rezeki nak jumpak dia...

    Hari nie berbeza pulak situasinya...aku beli topup..sbb nak pi jumpak kawan dari Ampang balik beraya...tapi masalahnya ialah aku takleh nak masukkan tambah nilai tu...puas jugak laa...sampai kesud tak boley jugak...aku cuba cara lain...call 1111...dapat..chantekk

    Operator : Boley saya bantu..
    Aku : Saya xbole nak masukkan topup..bla bla bla...

    Dipendekkan cerita..aku pun kasi laa kat operator tu serial number ngan 16 digit activation code..

    Operator : Saya bole tolong topup untuk encik..tapi kami charge 50 sen yer...(dalam eksen tamil)
    Aku : Hahh??!! Your customer is dying and u still make money from us ka??
    Operator : ......
    Aku : Is this recorded conversation??
    Operator : Yes sir...
    Aku : Tolong forwardkan i punya complain ke management u...u tau berapa banyak i rugi semalam?? (macam laa aku ada bisnes riban-riban)...hari ni nak topup pon kena charge lagi...
    Operator : .... Ada lagi yang boleh saya bantu cik??
    Aku : Jangan lupa bagitau pasal complain saya...tu jer...

    Hampir Di Penghujung...

    Tatkala ramai yang sudah mula bertugas setelah puas beraya, aku pula masih bercuti..mungkin menghabiskan baki hujung minggu untuk menyegarkan diri..bagi aku cuti raya bukanlah cuti untuk bermalas-malasan..bukan cuti untuk bangun lewat dan makan keropok sambil layan Astro yang tiada kesudahan..cuti raya adalah sesuatu yang indah untuk dihayati sambil amalan kunjung mengunjung terus dihidupkan..

    Sambil aku lepak-lepak kena angin petang..tengok jam pon baru kol 3.30..janji ngan member-member nak jumpak kol 5 kat Makbul Sg Petani...aku tengok-tengok balik gambar raya...aku rasa seronok..aku rasa inilah kali pertama keluarga aku meriah di pagi raya...meriah dengan apa?? Meriah dengan tema baju raya..masing-masing dah ada anak...masing-masing laa nak sedondon...dari mak ayah sampai laa anak-anak..kalau boleh baju nak yang sama warna..sikit pon tanak beza..hahaha...kalau nak sama beli kain satu gulung pi buat baju melayu ngan baju kurung...konfirm sama kaler...sama pattern..

    Tahun depan aku nak buat family photo utk sebelah mertua aku pulak..kena set awal-awal..kalau tak nanti sorang pink air laut..sorang hijau kundang..sorang kuning terussi...macam dalam pinggan pasembor padang kota...


    Tasya : Dalam banyak-banyak ni, rumah kelabu paling tak lawa..haha
    Pak Ngah : Rumah ungu lawa dak??
    Tasya : Rumah ungu ngan rumah merah lawa...kena puji laa rumah ungu..takut takdak gambaq
    ;